Saturday, May 2, 2015

Siak Masjid

Secangkir kehidupan sempena cuti pjg Hari Pekerja 2 Mei 2015

Siak Masjid

Ada dua sahabat yg terpisah cukup lama; Ahmad dan Zainal. Ahmad ini cerdik dan pintar. Tapi kurang beruntung secara ekonomi. Sedangkan Zainal adalah seorang yg biasa2 saja.

Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yg istimewa; di koridor wudhu dekat dengan tandas di sebuah masjid megah dgn infrastruktur yg mempersona, yg memiliki sisi pandang pergunungan serta kebun teh yg terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah!‎

Zainal, sekarang adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya, Tapi tetap menjaga jatidiri seorang muslim mukmin.

Lazimnya setiap kali keluar ke kota, dia sempatkan dirinya untuk singgah di masjid yg ia singgahi. Untuk memperbaharui wudhu dan sujud syukur. Jika masih dapat waktu yg diperbolehkan solat sunah, maka ia akan solat sunah juga sebagai tambahan.

Seperti biasa, ia tiba di Pekan K. Ia mencari masjid dan bergegas masuk masjid yg ditemui.

Di sanalah dia ditemukan dgn Ahmad. Cukup terperanjatlah Zainal. Ia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga tak punya harta, tapi pintarnya masya-Allah luar biasa.

Zainal tidak menyangka bila berpuluh tahun kemudian ia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid!‎

“Maaf,” “Kamu Ahmadkan? Ahmad kawan sekolah rendah saya dulu?”.
"Ya saya" jawap Ahmad.
Lalu berpelukanlah mereka. 
“hebat sekali Kamu ya Zainal… masya-Allah…”.
puji Ahmad saat melihat Zainal yang segak bergaya korporatnya. Lengan yg digulungnya untuk mengambil wudhu, menyebabkan jam mewahnya terlihat .
“Ah, biasa saja…”.balas Zainal.

Zainal merasa hiba. Ahmad dilihatnya sdg memegang kain mop... seluarnya disentengkan, dan kopiahnya ditarik ke belakang sehingga dahinya yg lebar terlihat jelas.

“Mad… Ini kad nama saya…”.

Ahmad melihat kad itu…”. Wah, hebat!"‎

“Mad, nanti habis saya solat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di pejabat saya ada pekerjaan yg lebih baik dari sekadar siak di masjid ini. Maaf ya…”. Tegas Zainal.

Ahmad tersenyum. Ia mengangguk.
“Terima kasih ya... Selesaikan saja dulu solatnya. Saya pun nak selesaikan pekerjaan bersih2 dulu… Silakan ya! " balas Ahmad.

Sambil wudhu, Zainal tidak habis berfikir. Mengapa Ahmad yg pintar, tapi cuma kerja sebagai siak di masjid. Ya, meskipun tidak menjadi kesalahan pekerjaan sebagai siak , tapi siak… ah, fikirannya tidak mampu memahamkan situasi Ahmad. 
Air wudhu membasahi wajahnya…

Sekali lagi Zainal melewati Ahmad yg sedang membersih lantai masjid. Andai saja Ahmad mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy” atau "tukang sapu".

Tanpa sedar, ada org yg solat di belakang Zainal. Sama2 solat sunat agaknya. 

Ya, Zainal sudah solat fardhu di masjid sebelumnya. 
Zainal sempat melirik. “Barangkali ini kawannya Ahmad…”, gumamnya.
Zainal menyelesaikan doanya secara ringkas. Bingkas dia bangun untuk berbicara dgn Ahmad.

“Encik,” tiba2 anak muda yg solat di belakangnya menegur.

“Iya dik..?”

“Encik, sememangnya kenal dengan Haji Ahmad…?”

“Haji Ahmad yang mana…?”

“Itu, yg Encik bersembang tadi…”

“Oh… Ahmad… ya. Kenal. Kawan saya dulu di sekolah rendah tu sudah haji dia?”

“Dari dulu lg sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…”.

Kata adik itu cukup mengejutkan. Tapi cukup menampar hatinya Zainal… Dari dulu sudah haji… Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini?

Anak muda ini kemudian menambah, “Beliau orang hebat . Tawadhu’. Sayalah siak masjid ini yg sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yg bangunkan masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau membina sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit bagi mereka yg mahu solat. encik nampak mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? … Itu semua milik beliau... Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, aneh iaitu gemar sangat menggantikan posisi saya. Kerana suara saya bagus, kadang2 saya disuruh mengaji saja dan azan…”. tambah anak muda itu.

Terdiam bungkam Zainal, entahlah apa yg ada di hati dan di fikirannya…‎

*****‎
‎Bagaimana menurut kita?

Jika Ahmad itu adalah kita, mungkin saat bertemu kawan lama yg sedang melihat kita membersihkan lantai, segera kita memberitahu posisi kita siapa yg sebenarnya. 

Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid,  maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahawa kita inilah pewaqaf dan yg membangun masjid ini.

Tapi kita bukan Haji Ahmad  dan Haji Ahmad bukannya kita. Ia selamat dari rosaknya nilai amal, Tenang saja. . Haji Ahmad berasa tidak perlu menjelaskan apa2 dan kemudian Allah yg memberitahu siapa beliau sebenarnya...‎
(Org yg ikhlas itu adalah org yg menyembunyikan kebaikan2nya, spt ia menyembunyikan keburukan2nya)

-Tazkiyatun Nafs)

No comments: